TIADA YANG MENARIK TENTANG DYANA SOFYA SELEPAS DIRINYA TOLAK HUDUD DI HADAPAN PENYOKONG PAS


Adakah kita ingat lagi semasa kempen PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya yang menjadi calon Melayu DAP telah menyatakan pendiriannya secara terang-terangan menolak hukum hudud di hadapan penyokong dan pengikut PAS.

Selepas dari pengakuan mengenai pendiriaanya itu, PAS mula berkira-kira untuk memboikot PRK Teluk Intan seterusnya tidak memberikan undi kepada calon DAP Melayu itu walaupun PAS masih bersama Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Memang Allah nak tunjuk kepada umat Islam terutamanya penyokong PAS bahawa selama ini bukan sahaja DAP yang menolak Islam dan tidak mahu memahami agama Allah, akan tetapi DAP juga mampu mengubah keimanan dan ketaqwaan seseorang penganut agama Islam seperti Dyana Sofya untuk menjadi seorang yang anti Hukum Islam seperti Hudud.

Pada asasnya, sebagai umat Islam kita tidak boleh menolak ketentuan dan undang-undang yang telah digariskan Allah dalam al-Quran dan dijelaskan secara lebih terperinci dalam hadis.

Dalam bahasa mudah, ketentuan dan undang-undang Allah ini bernaung di bawah payung syariat Islam. Hanya saja, wujud perbezaan dari segi tafsiran, pendekatan dan tatacara pelaksanaannya.

Sebagai agama samawi, syariat bersama akidah menjadi komponen teras dalam ajaran Islam. Dalam syariat inilah ia menjadi katalog lengkap daripada Allah untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misinya sebagai khalifah di muka bumi. Ini semua termasuk di dalam hukum hudud yang diperjuangkan umat Islam selama ini.

Walaupun belum dilaksanakan di Malaysia secara total, namun usaha untuk mengambil beberapa garis panduan hukum hudud untuk melengkapkan undang-undang Syariah di Malaysia adalah menjadi ramuan terbaik kepada rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum.

Bila perkara asas untuk mempercayai hukum hudud ditolak Dyana Sofya maka kehidupannya mula tidak tenteram dan kucar-kacir. Ianya bertambah serius dan bertambah parah apabila kiblatnya sekarang ini hanya untuk DAP.

Semua yang dilakukannya selama ini dianggap tidak salah dan dibolehkan oleh hak asasi manusia. Dyana Sofya juga sanggup memperlekehkan bangsanya sendiri serta merelakan dirinya menjadi alat kepada DAP untuk memecah belahkan kerukunan anak muda yang beragama Islam.

Sedarlah wahai anak Melayu, jangan suka dipuji kerana habuan yang terlalu sedikit di dunia ini. Lebih baik pertahankan apa yang ada demi menjamin masa depan yang lebih baik.

Kepada Dyana Sofya, pintu taubat masih terbuka dan hanya kepada Allah sahaja umat Islam perlu bersujud.

Comments